Monday, April 25, 2011

Wasiat @~

Salam semua,

23.4.2011 hari tu SDE telah mengadakan Taklimat - Kepentingan Perancangan Harta Melalui Wasiat & Pengurusan Pusaka. Kire SDE jemput wakil Amanah Raya utk bg taklimat tentang penulisan wasiat. Sangat ok program ini sbb banyak kes harta pusaka iaitu lbh RM 40B di amanah raya yg beku sbb kes x leh settle disbbkn si mati tidak meninggalkan wasiat.Kesian pada waris2 yg perlu neneruskan kehidupan.

Apa yg dapat aku kongsi di sini, penulisan wasiat adalah amat penting kerana untuk mengelakkan waris2 anda bergaduh sesama sendiri dan memudahkan waris2 mendapat hak dan bahagian masing2 ketika ketiadaan anda di muka bumi ini kelak. Kira kalu anda dh meninggal dunia, x payah la waris2 yg tinggal turun naik pejapat tanah la, pemaju la, bank la untuk menuntut segala harta peninggalan anda.

Perlu ingat, apabila waris2 tidak bersetuju di antara satu sama lain adalah amat payah apabila harta anda perlu dibahagikan mengikut faraid. Contohnya, rumah. Bayang ianya perlu dibahagikan mengikut faraid. Isteri, anak2, ibu & dan ayah, adik beradik adalah berhak ke atas rumah tersebut. Memang org ckp jual je la rumah tu, duit dari jualan, bahagi ikut faraid. Namun, sebelum nk jual mestilah ditukar namakan? So fikir2 kan la bagaimana process2 yg perlu dilalui dan tempoh masa yg perul diambil untuk process penukaran tersebut. Sama juga seperti kereta, tanah dan dll. Apa yang penting sekiranya anda membuat penulisan wasiat dikala anda masih hidup kosnya adalah RM350 seumur hidup berbanding jika anda sudah meninggal dunia caj yg perlu waris2 anda baya untuk membuka fail bagi tuntutan harta bermula RM500-1800. Caj2 lain adalah mengikut jumlah harta yg ditinggalkan.

Perlu ingat, harta yg perlu di faraid adalah jatuh ke tangga ke 8 selepas 7 perkara di bawah ini disempurnakan :

1) Hak Ain (aku macam x smpt salin ape bender ni sbrnye)
2) Kos2 perkebumian
3) Hutang Allah ( Zakat & haji)
4) Hutang Manusia
5) Hutang Institusi (PTPTN dll)
6) Hak wasiat (1/3) - utk sedekah jariah dan untuk dibahagikan kepada orang bukan waris.
7) Harta sepencarian
8) Hak waris (pembahagian harta megikut faraid apabila berlaku pertenkaran dikalangan waris)

Lagi satu, panel amanah raya tu ada ckp jgn tak tau, club card, macam jusco, tessco, dll selalunya cover insurance RM10k apabila anda meninggal. Ramai yang tak tau dan tak buat tuntutan.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Seorang muslim yg mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya."

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

"Sesiapa yg meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan"

Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Lagi satu time taklimat ni, ade slot baca wasiat agama. Wasiat ni akan dibacakan kepada waris2 apabila anda meninggal kelak. Die suruh pulak sorang akak ni bace. Wah macam nk meleleh air mata pn ade. Macam ni la wasiatnye :

Pertamanya ku mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku, yang pernah ku lakukan selama ini. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gaggal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua.

Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekalian. Dengarlah baik-baik pesanan ku ini.

Sekarang ini tiada lagi keinginan yang ku impikan melainkan secebis doa dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi dari anak yg kukasihi sekalian kerana itulas antara amalan yang akan menyelamatkan daku dipersemadian ini.

Aku berpesan kepada kalian semua agar berimanlah kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam, empunya segala bentuk keizinan, punca segala kudrat dan tenaga. Berimanlah kepada Malaikat-malaikat Allah, beriman kepada kitab-kitab Allah, beriman kepada rasul-rasul Allah, beriman kepada hari kiamat serta beriman kepada Qada' dan Qadar Allah.

Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah kepada Allah, tuhan yang mencipta kita. Dialah jua yang akan mematikan kita semua. Kerjakanlah solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakan dan mengerjakan haji ke Baitullah, jika mampu dan taatilah Allah s.w.t di mana saja kalian berada.

Tinggalkanlah kejahatan dan kemasiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai Allah tetapi dibenci juga oleh manusia. Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain, sekali kalian melakukan kemaksiatan, di kala itu jua aku tersiksa di persemadian seorang diri. 

Sedikit harta yang ku tinggalkan, janganlah sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Ikutlah wasiatku menurut pembahigian yang telah ku amanahkan.

Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan hadiah istemewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalan ku, sehingga pesananku ini tidak diendahkan maka kembalilah kepada hukum Allah.

Selama ini aku begitu sayangkan harta ku kerana ingin mewariskan kepada kalian semua sehingga aku tidak banyak melakukan amalan bersedekah apatah lagi untuk membuat amal jariah, Oleh itu, alangkah gembiranya aku, bila harta yang telah kalian miliki itu, digunakan sedikit untuk kebajikan dengan bersedekah bagi pihakku, agar kuburku menjadi lapang dan damai.

Sudilah kiranya kalian lakukan apajua amalan untuk menyejukkan daku di persemadian. Dan janganlah sama sekali kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk membuat maksiat. Kelak, daku amat terseksa di kuburan yang sempit ini. 

Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku baik-baik dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan meyejukkan daku di persemadian ini.

Kepada anak-anak. Jaga ibumu/ayahmu bak-baik. Jangan sama sekali sakaiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.

kepada ayah ibu yang amat ku kasihi. Meskipun aku telah banyak melukai dan menyakiti hatimu dan sering menyusahkan hidup ayah dan ibu, sejak kecil hingga dewasa namun aku tetap anak mu dan engkau tetap ayah dan ibu ku. Darah dagingmu melekat pada diri ku. Justeru itu, ampunilah dosa anakmu ini. Redhailah daku kerana redha Allah terletak pada redhamu.

Dekatkan diri kalian semua kepada Allah. Jangan tinggalkan solat dan dampingilah majlis ilmu. Ikutilah jalan hidayah, kelak kalian akan bahagia di dunia, sejahtera di akhirat. Jangan turuti hawa nafsu dan bisikan syaitan kelak kalian akan hidup merana dan sengsara.

Akhirnya kirimkan setiap hari kepada ku doa dari kalian semua agar Allah mengampuni dan meredhai diriku yang banyak dosa ini. Aku amat menyayangi kalian semua. Aku redha pada kalian semua. Maka redhailah pemergian ku ini untuk selama-lamanya.

Mudah-mudahan Alla swt meredhai diriku yang tersangat hina di sisiNya ini. Semoga kita tidak terpisah di akhirat dan akan bertemu di syurga nanti.

Ya Allah, himpunkan daku di syurga nanti ibersama dengan anak, isteri/suami serta cucuku yang amat ku kasihi. Ta Allah, dengan rahmatMu, jugalah kau pisahkan kami di akhirat nanti Ya Allah. Amin.

Pesanan dari ku yang pergi untuk selama-lamanya...   

Emmm..bila baca ni aku teringat sedara mara yg telah meninggal dunia..Al-fatihah untuk mereka. Harap2, apabila giliran kita menemuaiNya anak2 kita pun ingat untuk sentiasa berdoa untuk kita.

Walaupun aku ni bukan la ada harta sangat pun tp memkikiran kalau nk pergi sendiri nk buat penulisan wasiat terakhir kompem asyik berlengah2. So pada hari yg sama tuh jugaklah aku terus buat. Isi borang wasiat terakhir dan bayar RM350. Sbb x masuk lagi gaji pakai card crdt pn boleh..Heee...lepas ni dalam masa 2 minggu orang Amanah Raya akan datang dan advise dokumen2 yg perlu dan apabila ok semua, kad wasiat akan diberi. Katanya kad ni kene letak sama2 ngan Mykad, bila apa2 berlaku orang dah tau anda telah membuat wasiat. 

Sekian dulu..semoga dapat memberi sedikat maklumat untuk kalian.

p/s - SDE server down 1 hari so aku sememangnya x der keje.

Wednesday, April 20, 2011

Insurance @~

Salam kwn2...hari ni aku nk share pasal insurance. Bulan 9 thn 2010 aku telah bersetuju untuk mengambil insurance dengan Prudential Takaful. Aku pilih Prudential sbb dari performance and testimonial2 macam sangat bagus. So, agent aku Kak Eg, seorang yg sangat pantas bertindak dan sangat2 menjaga anak2 insurancenye. Aku ambik package yang monthly premiumnye RM110, which is kelibihannye die ade surgery allowance max RM2,500.00. Dalam package insurance ni juga ada Hospitalization allowance which is RM100/day.

Yang nak dijadikan cerita, bulan 11 thn lps tuh aku sakit dan total semua sekali aku warded adalah selama 21hari. So dikira2 21 x 100 = RM2,100.00. So untuk claim, supporting doc required mula2 adalah discharge summary and ade la form dari Prudential yg doctor kene isi. So aku kene dapatkan document tu dari Hospital Penawar, HSI & Puteri. Ok, kat sini mmg jd huru hara sikit la sbb aku warded kt 3 hospital, dan utk pengetahuan semua segala document yg berkaitan masa kita kene warded tuh mestilah dituntut di unit record. Yg anda semua kena ingat semua itu bukanlah percuma yer...hospital penawar nk mintak doc isi form jer kene RM50, HSI RM40 and Puteri RM80. Dah la hospital Penawar ni hampeh..nk dapat report doctor jer mengalahkan hospital goverment, nak kene gaduh2 dulu baru die nk layan.

Aku mmg dh dapat agak dah, insurance ni bab2 nk soh kite baya mmg laju jer. Tp bab kalo nk claim....wah2 x tau la bape round nk kene verify. Tuh 1st round. 2nd round. Prudential ni mintak lak blood test report and segala report yg berkaitan time aku warded dulu and time aku wat medical check ngan Johor Specialist bln 6 thn lps. Wah kalo macam gini setiap document aku nk mintak byk kali kt sepital abis duit aku bayo fee kt unit record tuh jer la. Lebih baik awal2 die list kn semue doc secara details ape yg die nk kan?x der la org kusut nk terkejo sana tekejo sini byk2 kali. Ni mintak discharge summary jer mula2..tak patut betol !!

Hari ni nk dijadikan kesah aku dapat call dr Kak Eg yg Prudential ckp aku penah warded kt Johor Specialist, 2 kali pulak tuh bulan 6 & bulan 7 thn lps. Wah...ni dah tahap mengarut ni, setahu aku aku datang check up jer. Sape la yg pepandai ckp aku warded. Ni lg la aku macam nk berfikiran negatif kat insurance2 ni. Hope kak Eg dapat convince kan dieorg yg aku bukan warded aku just g check up jer. Macam saje je kn nk banyakkan alasan supaya x yah baya claim aku. So aku nk tgk lak lps ni ape pulak cekadak nyer. Kalau Prudential ni terus2 mengarut aku cancel jer la. Kang aku dah meninggal...waris nk claim duit khairat kematian pn susah.

Kesimpulannye, sblm setuju nk ambik insurance :

-1st kite kene tgk agent kite tuh macam mane..macam aku aku mmg suke ngan Kak Eg sbb die mmg sanggat2 bertanggungjawab and membantu

-2nd bace agreement bebetol sbb ape2 hal pn akan refer agreement and ape yg agent ckp is not details enough.

-3rd kalau boleh ambik tau macam mana cara2 or procedure nk claim. Kalau boleh secara details. Senang untuk dijadikan sebagai panduan.

Tuh je la yg aku dpt share di entry kali ini...tatatititutu

Tuesday, April 12, 2011

Driving @~

Salam u ollss@~

Setelah sekian lama (6 bln + +) aku pergi kerja berhantar berambil, hari ini aku memulakan semula aktiviti aku pergi ke kerja dengan membawa kereta ku yg banyak berjasa iaitu JGK 3804 (iswara eroback). Dah lame x bawa kereta yg paut setereng ni. Mula2 tuh kekok2 la jugak, tp sbb experience bawak kete tuh lg lama dr tak bawak, so kejap je rasa kekok dh ilang.

Yg seronoknya, Alesya dengan perasaan jakun dok diam jer dlm children car seat yg aku baru beli khas tuk budak 12-18kg. Kalau tak selama ni abis semua butang yg ade dalam kete die nk tekan. Harap2 kesopanan die berkekalan la.

Tp yg tak seronoknya, bila aku sampai office aku pun cek la, mana kunci rumah ni? rupanya2 pagi tadi Alesya main2 ayahnya datang ambik and masuk dalam poket seluar. Wah bagaimana aku hendak pulang rumah cepat hari ini. Ingatkan drive sendiri boleh pulang awal. terpaksalah tunggu ayahnye pulang baru boleh masuk ke rumah. Waduh2 @~

   

Tuesday, April 5, 2011

Back pain ooohhh back pain please go awayyyy @~

Hai..apa kabar kwn2? Sihat? Aku x berape nak sihat..sebabnya belakang aku sekarang ni sangat la sakit berdenyut2. Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dalam kereta. Al maklumlah pulang ke kg Pahang pegi saja dah makan dkt 7 jam sbb terlepas simpang yong peng so kene la ikot KL. Balik pulak makan la 5 jam duduk dalam kete. Dengan melayan si kecik tuh dlm kete yg x tau nk dok diam paham2 aje la. Kalau mak mentua cakap aku blk kg malas nk masuk dapo tuh mmg padan la sbb aku mmg x larat nk wat keje2 memasak and mengemas dapo lelame. Maaf la mak yer..saya bukan x nk tolong tp macam x berape nk larat. So buat kerja yg ringan2 je la...4 hari cuti bukan mcm becuti tapi macam pergi camping PALAPES pulak sakitnye. Tp nk wat macam mane dah kawin ngan org jauh baru la terasa istilah blk kampung.Heheh

Ada orang ckp lps bersalin kalau x pantang mmg bias la kene sakit blakang. Nk kate aku x pantang tuh x der la. Tp x tau la sakit macam orang dh umo 60 tahun pulak. Nak angkat anak lelame pn x larat. Yang dok terasa sakit belakang mmg lepas besalin tp yg menambah lg lepas aku kua sepital tuh hari. Rasa satu badan tegang.

So aku harus berbuat sesustu…1st Sebab macam dah tak tahan so hari ni aku terus nk set appointment ngan tukang urut...tp tukang urut tuh macam bz semacam jer x confirmkan lg date yg aku book tuh...so 2nd aku pun serve tenet carik pasal back pain. Ape yg aku jumpe and rase nk buat boleh la refer kt website ni http://www.bigbackpain.com/back_exercises.html. Tapi nk senam2 ni layg macam malas sikit..tp nk wat mcm mane kn...try jer la.

Lagi satu aku rase macam nk memanja kan diri jer dok kat spa..g sauna… mandi bunga..bla…bla…I need a rest…tp baju blk kg x basuh…rumah x kemas…adussss @~