Wednesday, June 29, 2011

Suka Jun 2011 @~

Salam semua...saje nk share sweet memory pada 23 June 2011. Nk dijadikan cerita, bln lepas2 time aku free aku bace la satu novel online di penulisan2u.com, aku tertarik untuk membaca novel yg bertajuk Doktor Cinta, 3 hari gak la aku focus membaca sbb sanggat menarik ceritanya, rasa macam zaman remaja2 dulu pulak. Sbb maklum lah lps keje and kawin ni jarang aku dpt focus untuk membaca novel :). Malangnya, novel online ni separuh jalan je, akhir ayat dr penulis...sila dapatkan novel dipasaran...wah memula tuh macam hampa la pulak...lama aku diam and rancang2 nk pergi kedai buku tuk cari novel ni..tp hajat tuh macam x kesampaian je kan..

So nk dijadikan rezeki aku dan kene pada timenye, hari kamis 23hb Jun En Suami telah menjemput aku pulang dari office, tah macam mana time dalam kete aku ckp la aku nk cari novel Doktor Cinta, beria2 cerita pada en suami yg best betul novel tuh. En Suami ckp "i belikan je la novel tuh jd adiah besday u..nk tak?" siap tanye nk sampul ke x? Aku ckp la " mana aci besday bg novel..kalau nk bagi x yah sampul" aku ckp tanpa mengharap apa2..lg pn besday aku bkn bln 6 ok. Pada malam 23hb tuh en suami pergi ke Kip Mart yg sememangnya sejengkal jer dari rumah aku untuk memotong rambut dan mengurut kaki. Aku pn macam x berapa ingat pukul berapa la en suami pulang sbb aku sudah dibuyai mimpi. Time aku bangun dalam pukul 3am untuk membuat susu alesya aku ternampak novel Doktor Cinta tersandar dekat heater tempat aku buat susu. Wah..aku gosok2 mata gak sbb adakah aku sedang berminpi kan...tp dalam gelap sempat gak aku senyum meleret sorang2...mimpi menjadi kenyataan ! Ikutkan hati nk aje aku bukak seal plastik dan baca terus. Namun mengenangkan nnt ngantuk pulak esok nk g keje aku terus la tido balik dan bermimpi apakah sebenarnya kesudahan novel Doktor cinta ni. Siap merapu2 pulak mimpi aku ni tebawak2 sungguh.


Love you...my Doktor Cinta En Azman :)

Walaupun ianya hanya sebuah novel yg berharga RM 26 jer..tp sangat2 bermakna bagi diri ini..heheheh suke sangat !!! Ok la berbalik pada jalan cerita novel ini, aku sangat2 tertarik dengan gaya penulisan Dyadila, nk kate macam merapu pun boleh jugak sbb gaya bahasanya mmg sempoi abis kekadang tak pernah tepk pn dengan lawak2 yg die nk buat. Mmg aku tegelak sensorang jer la bace. Gelak..gelak gak tp novel ni berjaya gak la membuat perasaan aku ni meruntun-runtun and sempat la gak aku melelehkan air mata sensorang...waduss sadisss...banyak2 novel yg aku bace ni salah astu novel yg kire lain dari yg lain. Aku bg rating 5 star kt novel ni and rekemen la pada sesape yg nk beli.

Satu lagi berita gembira pada 29.6.2011 akak insurance aku kak Eg yang sangat perihatin itu telah bagi satu sms "Alhamdulillah. After pelbagai ujian, hr ni check di print total RM2K...dalam 2 mggu sampai kt akak nnt akak bgtau. Tahniah dapat duit raya..huhu". Syukur sangat2 x sangka pulak berjaya setelah turun naik hospital byk kali.

Namun dalam bersuka2....dugaan tuhan yang semestinya amat pahit untuk ditelan telah terjadi di dalam keluarga aku pada bulan ini juga....seperti sejarah akan berulang kembali...Ya Allah ya Tuhan ku...kuatkan lah iman kami sekeluarga untuk mengahadapi dugaan yang Kau berikan..semoga ia akan menambahkan lagi keimanaan kami kepada MU...amin...

No comments: