Tuesday, July 5, 2011

Duka Jun 2011 @~

Salam kawan-kawan...hari ni aku nk coretkan pula cerita sedih yg terjadi pada bulan Jun 2011. Pada malam Jumaat 23 hb aku tegerak nk tepon ayah aku kt kampung. Aku tnye la kabar mak aku, ayah aku cakap mak aku dah seminggu sakit2 pinggang. Ayah aku ckp esok nk pegi Pakar Puteri nk check up. Malam tuh aku pn tido, pukul 3am buat susu Alesya aku dapat novel Doktor Cinta tu, pukul 5 am aku dpt msg drpd ayah aku ckp mak aku kene tahan ward kt Puteri Specialist sbb die tak boleh tido..nangis2 sakit blakang. Sejak kebelakangan ni Hospital  menjadi tempat kujungan kedua bagi aku dan keluarga aku. Rasa dah x sanggup dah nk tgk hospital lg.

Mak & Alesya - Konvo Kak Nurul time ni Alesya baru pas pantang
So, pagi Jumaat tu aku cuti la teman mak aku kt hospital. Mmg teruk gak sakit pinggangnya. Sedih aku tgk. Pagi tuh gak mak aku telah dijadualkan tuk buat MRI.So pagi wat MRI petang result dah kua. Aku sangat2 berdebar apakah result nye. Petang tuh Doktor pn datang la ckp sumthing wrong dgn MRI mak aku. Ade signal yg tak normal dkt tulang pelvis die. Doktor macam nak belapik2 yg menyatakan bahawa breast cancer mak aku telah merebak ke tulang. Cuma doktor nk double confirm, doktor telah setkan mak aku utk membuat PET Scan. Mmg jarang orang dengar PET scan ni, setahu aku  kt Malaysia ni ada 3 tempat jer, kt JB, KL and Penang. Kalau kt JB kt menara Landmark tuh. PET Scan ni kire lagi details and boleh kesan cancer kt seluruh badan.

Doktor try setkan appoitment tuk PET scan tu hari Sabtu namun x bukak. Seminggu hanya 3 kali jer die beroperasi. So mak dijadualkan buat PET scan hari Selasa. Mujur Wawan cuti sem dan boleh la die sentiasa teman mak kt hospital. So result PET scan mak tuh mmg seperti yg aku telah jangkakan, cell cancer tuh telah merebak ke tulang. Ya Allah, aku rasa macam tesentap gak wlpn telah menjangkan ianya akan terjadi. Sbb aku sentiasa berharap ianya ialah sekadar sakit tulang biasa. Seperti sejarah bulan 6 thn lepas akan berulang kembali rasanya. Doktor kt Puteri tuh refer mak kt KPJ Hospital sbb kt situ kononnye aer doktor tere la pasal cancer ni, kire nk mintak consultation la. Doktor KPJ tuh ckp kalau cancer tulang ni ada ubatnya selain kimo tp kene make sure cancer tuh ER+ or ER-. Macam tuh la lebih kurang, kalau nk tau status ER ni kene biopsy. Tp sbb sblm ni mak aku kimo kt HSI so doktor ni pn suruh mak aku consult ngan doktor kt HSI. Pada hari Juaat tuh mak aku g la jumpe Doktor Kadijah kt HSI and bawak la segala report2 yg ada dr hospital Puteri tuh. Doktor HSI ckp kira mak aku ni stage awal lagi la so x nk ambik risiko dengan makan ubat jer,doktor HSI tuh ckp mak still kene kimo and kimo kali ni lebih kuat dgn kimo yg sblm ni. Ya Allah, harap mak kuat untuk menahan ubat kimo tersebut. So terus jer Doktor tuh setkan mak aku nyer sesi kimo start 8 July ni.
Baru baik demam dpt byk akal..tuh yg sampai pipi pn lebam2 :)

Aku tak dapat nk menemani mak sepanjang masa disebabkan Alesya deman teruk dan telah mengalami semput (x teruk sgt la). Si kecik ni mmg x padan sakit, meligat nye semacam je. Seram gak aku tgk time die tdo nafas die turun naik dgn cpt. Aku penah terdengar pasal Walit Gold ni kt radio ikim time lps balik dr hospital time aku g check up 6 june tu hari. Dlm rancangan tuh ada ckp walit gold ni elok utk penyakit semput, so hari senin tuh aku teringat and soh en suami call agent walit gold kt pasir gudang (tgk kt internet) and aku terus oder Walit Gold Coenzyme Q10 RM150 and walit gold plus RM50. Yg best nye siap delivery sampai ke rumah ok. Dalam kes mencari penawar ni, kita mmg tak boleh berputus asa, kita mestilah sentiasa berusaha mencari penawar sbb Allah telah menjanjikan setiap penyakit itu ada penawarnya dan hamba2 nya hendaklah berusaha dan berdoa. Aku bile pk2 balik macam mana la Kak Rosnah (pengasuh Alesya) control budak ni. Aku yg melayan pn kadang boleh ilang sabo dibuatnye.Tapi x pe la Alesya mama sentiasa doa anak mama ni jd anak yg solehah dan mama sentiasa sihat utk melayan anak mama ni..Aminnn...

Ya Allah, kuatkan lah semangant mak untuk melawan penyakit cancer yg dialaminya.Berikan lah ketabahan ahli keluargaku untuk membantu mak untuk melawan penyakit ini. Cekalkan la hati ayah untuk mengadapi segala dugaan ini. Ya Allah, permudahkan la segala usaha bagi mencari penawar dan rawatan mak. Sesungguhnya Engkau maha mengasahini hamba2 Mu. Amin....

No comments: