Tuesday, March 1, 2011

Suka Duka Sepanjang 2010@~

Assalammulaikum semua@~

(Aku dh karang post ni bln 11 thn lps yg lalu tp x smpt nk abiskan so dikesempatan ni la aku teruskan...)

Malam ini tegerak hati nak kembali semula membz kan diri memblog. Rasanya kt blog ni je la aku bebas utk menaip apa saja yg aku nk and sedikit sebanyak boleh lah mereleasekan stress yg ada. Walaupun bahu ni macam x berapa nk mengizinkan tapi aku tetap mengagahkan diri. Kembali pd tajuk kt atas aku sebenarnya baru dalam 16 hari keluar dari hospital setelah ditahan selama 21 hari. Ye 21 hari dan sebanyak 3 hospital aku kunjungi.

Febuary 2010 - Aku melahirkan seorang baby gurl yg diberi nama Alesya Amani. Alhamdulillah kami dikurniakan hadiah g sangat berharga and kini aku telah bergelar Mama. Seronok nye. Cuma dugaannya Alesya telah diserang demam kuning namun Alhamdulillah 10 hari jer die dh ok semula.

Mac 2010 - Sedang aku berpantang berita sedih iaitu ayah mentua aku telah kembali keramatullah dan aku tidak dapat pulang ke kg pahang kerana aku sedang berpantang dan Alesya baru 26hari. Hanya doa dan Al-Fatihah aku kirimkan dari jauh.

Jun 2010 - Berita mengejutkan, mak aku menghidapi breast cancer 3rd stage. Time tu aku mcm nk pecaye tak pecaye jer. Bulan ni jugak mak terus menjalani operation buang breast sebelah kanan. Alhamdulilah operation selamat cuma lepas ni mak kene menjalani sesi kimoterapi dan radioterapi.

August 2010 - Berpindah ke rumah Bukit Dahlia. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

November 2010 - The sadness story in my life. I had to fight with my illness and I had to seperate with my beloved baby. Dua bulan aku x jage and  jumpe Alesya 2 kali jer.

Awal2 aku hanya demam, 4 hari tak baik aku terus ke hospital Penawar and ditahan. Doktor suspek aku kene denggi tapi sampai hari ke 6 kt sepital result darah aku still -ve denggi. Keadaan aku semakin teruk dengan perut membusung, ahli keluarga bersetuju untuk aku dikeluarkan dari hospital Penawar dan berpindah ke HSI. Paru-paru belah kanan aku berair dan di HSI aku menjalani procedure 'tapping' iaitu cucuk jarum kt belakang badan tuk mengeluarkan air di paru2. Masyallah, pengalaman ni la paling mengerikan dan menyakitkan.Hari ke 4 aku di HSI dokter still tak dpt detect aku sakit ape dan sekali lagi family aku decide tukarkan aku ke Hospital Pakar puteri. Dengan kelengkapan yg ada, ultrasound and CT scan doktor sahkn ada ketumbuhan di dalam hati aku sebesar 20cm x 20cm. Hati bedebar takut2 kalau cancer ke kan. Alhamdulilah slps biopsy, result tak de sel cancer. Tp tu la perut ni dh membusung macam pregnant 7 bulan. Ketumbuha tuh telah menggangu system hati tu yg air betakung dalam kaki n badan. Pengalaman yg tak akan dilupakan, naik ambulan sampai 2 kali, Hospital penawar ke HSI and HSI ke Pakar Puteri. Masuk darah pn sampai dua kali 1st HSI and 2nd Puteri, tak tau la cm ner bekteria tuh serang aku sampai darah pn jd x cukup..ngeri tuh masuk darah..tah darah sesape je..mintak halal la yerk..

Di hospital Pakar Puteri aku diberi antibiotik 3 kali sehari, ni kire antiboitik kuat la, lame kelamaan air dalam badan aku pun surut. Mungkin antibiotik ni berkesan melawan bekteria dalam badan aku. Mana tak nye aku tanye nurse sebotol antiboitik ni harganya mencecah RM300++.

26.11.2010 aku dikeluarkan dari hospital. Bila sampai kt rumah...sayunya dan betapa aku merindui saat2 berada dirumah sendiri.

Kesimpulannya aku nk nasihatkan kwn2..kalu sakit and anda berkemampuan pergi la ke hospital pakar. Tak pun masuk la insuran. Sbb ble nk sakit ni kite x duga. Time sakit ni la baru aku sedar aku mempunyi ahli keluarga dan rakan2 yang sangat2 memberi sokongan. Ada kawan2 yang datang sampai 2 3  kali. Thanks u all. Sbb sakit ni jugak la berat bdn aku telah turun sebanyak 10kg.

December 2010 - Kelisa dh jd Honda :)

No comments: