Monday, April 25, 2011

Wasiat @~

Salam semua,

23.4.2011 hari tu SDE telah mengadakan Taklimat - Kepentingan Perancangan Harta Melalui Wasiat & Pengurusan Pusaka. Kire SDE jemput wakil Amanah Raya utk bg taklimat tentang penulisan wasiat. Sangat ok program ini sbb banyak kes harta pusaka iaitu lbh RM 40B di amanah raya yg beku sbb kes x leh settle disbbkn si mati tidak meninggalkan wasiat.Kesian pada waris2 yg perlu neneruskan kehidupan.

Apa yg dapat aku kongsi di sini, penulisan wasiat adalah amat penting kerana untuk mengelakkan waris2 anda bergaduh sesama sendiri dan memudahkan waris2 mendapat hak dan bahagian masing2 ketika ketiadaan anda di muka bumi ini kelak. Kira kalu anda dh meninggal dunia, x payah la waris2 yg tinggal turun naik pejapat tanah la, pemaju la, bank la untuk menuntut segala harta peninggalan anda.

Perlu ingat, apabila waris2 tidak bersetuju di antara satu sama lain adalah amat payah apabila harta anda perlu dibahagikan mengikut faraid. Contohnya, rumah. Bayang ianya perlu dibahagikan mengikut faraid. Isteri, anak2, ibu & dan ayah, adik beradik adalah berhak ke atas rumah tersebut. Memang org ckp jual je la rumah tu, duit dari jualan, bahagi ikut faraid. Namun, sebelum nk jual mestilah ditukar namakan? So fikir2 kan la bagaimana process2 yg perlu dilalui dan tempoh masa yg perul diambil untuk process penukaran tersebut. Sama juga seperti kereta, tanah dan dll. Apa yang penting sekiranya anda membuat penulisan wasiat dikala anda masih hidup kosnya adalah RM350 seumur hidup berbanding jika anda sudah meninggal dunia caj yg perlu waris2 anda baya untuk membuka fail bagi tuntutan harta bermula RM500-1800. Caj2 lain adalah mengikut jumlah harta yg ditinggalkan.

Perlu ingat, harta yg perlu di faraid adalah jatuh ke tangga ke 8 selepas 7 perkara di bawah ini disempurnakan :

1) Hak Ain (aku macam x smpt salin ape bender ni sbrnye)
2) Kos2 perkebumian
3) Hutang Allah ( Zakat & haji)
4) Hutang Manusia
5) Hutang Institusi (PTPTN dll)
6) Hak wasiat (1/3) - utk sedekah jariah dan untuk dibahagikan kepada orang bukan waris.
7) Harta sepencarian
8) Hak waris (pembahagian harta megikut faraid apabila berlaku pertenkaran dikalangan waris)

Lagi satu, panel amanah raya tu ada ckp jgn tak tau, club card, macam jusco, tessco, dll selalunya cover insurance RM10k apabila anda meninggal. Ramai yang tak tau dan tak buat tuntutan.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Seorang muslim yg mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya."

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi :

"Sesiapa yg meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan"

Hadis Riwayat Ibnu Majah.

Lagi satu time taklimat ni, ade slot baca wasiat agama. Wasiat ni akan dibacakan kepada waris2 apabila anda meninggal kelak. Die suruh pulak sorang akak ni bace. Wah macam nk meleleh air mata pn ade. Macam ni la wasiatnye :

Pertamanya ku mohon kemaafan dari kalian semua seandainya ada salah dan silap dariku, yang pernah ku lakukan selama ini. Kemaafan yang tidak terhingga sekiranya aku gaggal menunaikan tanggungjawabku terhadap kalian semua.

Wahai anak-anak, isteri/suami dan keluarga yang ku kasihi sekalian. Dengarlah baik-baik pesanan ku ini.

Sekarang ini tiada lagi keinginan yang ku impikan melainkan secebis doa dari kalian semua yang masih hidup. Lebih-lebih lagi dari anak yg kukasihi sekalian kerana itulas antara amalan yang akan menyelamatkan daku dipersemadian ini.

Aku berpesan kepada kalian semua agar berimanlah kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam, empunya segala bentuk keizinan, punca segala kudrat dan tenaga. Berimanlah kepada Malaikat-malaikat Allah, beriman kepada kitab-kitab Allah, beriman kepada rasul-rasul Allah, beriman kepada hari kiamat serta beriman kepada Qada' dan Qadar Allah.

Aku juga berpesan kepada kalian semua agar bertaqwalah kepada Allah, tuhan yang mencipta kita. Dialah jua yang akan mematikan kita semua. Kerjakanlah solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakan dan mengerjakan haji ke Baitullah, jika mampu dan taatilah Allah s.w.t di mana saja kalian berada.

Tinggalkanlah kejahatan dan kemasiatan kerana ia bukan sahaja dimurkai Allah tetapi dibenci juga oleh manusia. Ingatlah, sekali kalian meninggalkan solat dan kewajipan yang lain, sekali kalian melakukan kemaksiatan, di kala itu jua aku tersiksa di persemadian seorang diri. 

Sedikit harta yang ku tinggalkan, janganlah sampai kalian bersengketa dan berpecah hati. Ikutlah wasiatku menurut pembahigian yang telah ku amanahkan.

Ketaatan kalian terhadap semua pesananku adalah kegembiraan bagiku sekaligus merupakan hadiah istemewa dari kalian semua. Tetapi seandainya syaitan menguasai hati kalian dengan ketamakan terhadap harta peninggalan ku, sehingga pesananku ini tidak diendahkan maka kembalilah kepada hukum Allah.

Selama ini aku begitu sayangkan harta ku kerana ingin mewariskan kepada kalian semua sehingga aku tidak banyak melakukan amalan bersedekah apatah lagi untuk membuat amal jariah, Oleh itu, alangkah gembiranya aku, bila harta yang telah kalian miliki itu, digunakan sedikit untuk kebajikan dengan bersedekah bagi pihakku, agar kuburku menjadi lapang dan damai.

Sudilah kiranya kalian lakukan apajua amalan untuk menyejukkan daku di persemadian. Dan janganlah sama sekali kalian gunakan harta pusaka peninggalan ku ini untuk membuat maksiat. Kelak, daku amat terseksa di kuburan yang sempit ini. 

Kepada isteriku/suamiku. Jagalah anak-anak ku baik-baik dengan didikan agama. Mudah-mudahan ia akan meyejukkan daku di persemadian ini.

Kepada anak-anak. Jaga ibumu/ayahmu bak-baik. Jangan sama sekali sakaiti hatinya. Jangan durhaka kepadanya. Muliakanlah dia kerana tiada makhluk di dunia ini yang wajar dimuliakan kecuali kedua ibubapa.

kepada ayah ibu yang amat ku kasihi. Meskipun aku telah banyak melukai dan menyakiti hatimu dan sering menyusahkan hidup ayah dan ibu, sejak kecil hingga dewasa namun aku tetap anak mu dan engkau tetap ayah dan ibu ku. Darah dagingmu melekat pada diri ku. Justeru itu, ampunilah dosa anakmu ini. Redhailah daku kerana redha Allah terletak pada redhamu.

Dekatkan diri kalian semua kepada Allah. Jangan tinggalkan solat dan dampingilah majlis ilmu. Ikutilah jalan hidayah, kelak kalian akan bahagia di dunia, sejahtera di akhirat. Jangan turuti hawa nafsu dan bisikan syaitan kelak kalian akan hidup merana dan sengsara.

Akhirnya kirimkan setiap hari kepada ku doa dari kalian semua agar Allah mengampuni dan meredhai diriku yang banyak dosa ini. Aku amat menyayangi kalian semua. Aku redha pada kalian semua. Maka redhailah pemergian ku ini untuk selama-lamanya.

Mudah-mudahan Alla swt meredhai diriku yang tersangat hina di sisiNya ini. Semoga kita tidak terpisah di akhirat dan akan bertemu di syurga nanti.

Ya Allah, himpunkan daku di syurga nanti ibersama dengan anak, isteri/suami serta cucuku yang amat ku kasihi. Ta Allah, dengan rahmatMu, jugalah kau pisahkan kami di akhirat nanti Ya Allah. Amin.

Pesanan dari ku yang pergi untuk selama-lamanya...   

Emmm..bila baca ni aku teringat sedara mara yg telah meninggal dunia..Al-fatihah untuk mereka. Harap2, apabila giliran kita menemuaiNya anak2 kita pun ingat untuk sentiasa berdoa untuk kita.

Walaupun aku ni bukan la ada harta sangat pun tp memkikiran kalau nk pergi sendiri nk buat penulisan wasiat terakhir kompem asyik berlengah2. So pada hari yg sama tuh jugaklah aku terus buat. Isi borang wasiat terakhir dan bayar RM350. Sbb x masuk lagi gaji pakai card crdt pn boleh..Heee...lepas ni dalam masa 2 minggu orang Amanah Raya akan datang dan advise dokumen2 yg perlu dan apabila ok semua, kad wasiat akan diberi. Katanya kad ni kene letak sama2 ngan Mykad, bila apa2 berlaku orang dah tau anda telah membuat wasiat. 

Sekian dulu..semoga dapat memberi sedikat maklumat untuk kalian.

p/s - SDE server down 1 hari so aku sememangnya x der keje.

Wednesday, April 20, 2011

Insurance @~

Salam kwn2...hari ni aku nk share pasal insurance. Bulan 9 thn 2010 aku telah bersetuju untuk mengambil insurance dengan Prudential Takaful. Aku pilih Prudential sbb dari performance and testimonial2 macam sangat bagus. So, agent aku Kak Eg, seorang yg sangat pantas bertindak dan sangat2 menjaga anak2 insurancenye. Aku ambik package yang monthly premiumnye RM110, which is kelibihannye die ade surgery allowance max RM2,500.00. Dalam package insurance ni juga ada Hospitalization allowance which is RM100/day.

Yang nak dijadikan cerita, bulan 11 thn lps tuh aku sakit dan total semua sekali aku warded adalah selama 21hari. So dikira2 21 x 100 = RM2,100.00. So untuk claim, supporting doc required mula2 adalah discharge summary and ade la form dari Prudential yg doctor kene isi. So aku kene dapatkan document tu dari Hospital Penawar, HSI & Puteri. Ok, kat sini mmg jd huru hara sikit la sbb aku warded kt 3 hospital, dan utk pengetahuan semua segala document yg berkaitan masa kita kene warded tuh mestilah dituntut di unit record. Yg anda semua kena ingat semua itu bukanlah percuma yer...hospital penawar nk mintak doc isi form jer kene RM50, HSI RM40 and Puteri RM80. Dah la hospital Penawar ni hampeh..nk dapat report doctor jer mengalahkan hospital goverment, nak kene gaduh2 dulu baru die nk layan.

Aku mmg dh dapat agak dah, insurance ni bab2 nk soh kite baya mmg laju jer. Tp bab kalo nk claim....wah2 x tau la bape round nk kene verify. Tuh 1st round. 2nd round. Prudential ni mintak lak blood test report and segala report yg berkaitan time aku warded dulu and time aku wat medical check ngan Johor Specialist bln 6 thn lps. Wah kalo macam gini setiap document aku nk mintak byk kali kt sepital abis duit aku bayo fee kt unit record tuh jer la. Lebih baik awal2 die list kn semue doc secara details ape yg die nk kan?x der la org kusut nk terkejo sana tekejo sini byk2 kali. Ni mintak discharge summary jer mula2..tak patut betol !!

Hari ni nk dijadikan kesah aku dapat call dr Kak Eg yg Prudential ckp aku penah warded kt Johor Specialist, 2 kali pulak tuh bulan 6 & bulan 7 thn lps. Wah...ni dah tahap mengarut ni, setahu aku aku datang check up jer. Sape la yg pepandai ckp aku warded. Ni lg la aku macam nk berfikiran negatif kat insurance2 ni. Hope kak Eg dapat convince kan dieorg yg aku bukan warded aku just g check up jer. Macam saje je kn nk banyakkan alasan supaya x yah baya claim aku. So aku nk tgk lak lps ni ape pulak cekadak nyer. Kalau Prudential ni terus2 mengarut aku cancel jer la. Kang aku dah meninggal...waris nk claim duit khairat kematian pn susah.

Kesimpulannye, sblm setuju nk ambik insurance :

-1st kite kene tgk agent kite tuh macam mane..macam aku aku mmg suke ngan Kak Eg sbb die mmg sanggat2 bertanggungjawab and membantu

-2nd bace agreement bebetol sbb ape2 hal pn akan refer agreement and ape yg agent ckp is not details enough.

-3rd kalau boleh ambik tau macam mana cara2 or procedure nk claim. Kalau boleh secara details. Senang untuk dijadikan sebagai panduan.

Tuh je la yg aku dpt share di entry kali ini...tatatititutu

Tuesday, April 12, 2011

Driving @~

Salam u ollss@~

Setelah sekian lama (6 bln + +) aku pergi kerja berhantar berambil, hari ini aku memulakan semula aktiviti aku pergi ke kerja dengan membawa kereta ku yg banyak berjasa iaitu JGK 3804 (iswara eroback). Dah lame x bawa kereta yg paut setereng ni. Mula2 tuh kekok2 la jugak, tp sbb experience bawak kete tuh lg lama dr tak bawak, so kejap je rasa kekok dh ilang.

Yg seronoknya, Alesya dengan perasaan jakun dok diam jer dlm children car seat yg aku baru beli khas tuk budak 12-18kg. Kalau tak selama ni abis semua butang yg ade dalam kete die nk tekan. Harap2 kesopanan die berkekalan la.

Tp yg tak seronoknya, bila aku sampai office aku pun cek la, mana kunci rumah ni? rupanya2 pagi tadi Alesya main2 ayahnya datang ambik and masuk dalam poket seluar. Wah bagaimana aku hendak pulang rumah cepat hari ini. Ingatkan drive sendiri boleh pulang awal. terpaksalah tunggu ayahnye pulang baru boleh masuk ke rumah. Waduh2 @~

   

Tuesday, April 5, 2011

Back pain ooohhh back pain please go awayyyy @~

Hai..apa kabar kwn2? Sihat? Aku x berape nak sihat..sebabnya belakang aku sekarang ni sangat la sakit berdenyut2. Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dalam kereta. Al maklumlah pulang ke kg Pahang pegi saja dah makan dkt 7 jam sbb terlepas simpang yong peng so kene la ikot KL. Balik pulak makan la 5 jam duduk dalam kete. Dengan melayan si kecik tuh dlm kete yg x tau nk dok diam paham2 aje la. Kalau mak mentua cakap aku blk kg malas nk masuk dapo tuh mmg padan la sbb aku mmg x larat nk wat keje2 memasak and mengemas dapo lelame. Maaf la mak yer..saya bukan x nk tolong tp macam x berape nk larat. So buat kerja yg ringan2 je la...4 hari cuti bukan mcm becuti tapi macam pergi camping PALAPES pulak sakitnye. Tp nk wat macam mane dah kawin ngan org jauh baru la terasa istilah blk kampung.Heheh

Ada orang ckp lps bersalin kalau x pantang mmg bias la kene sakit blakang. Nk kate aku x pantang tuh x der la. Tp x tau la sakit macam orang dh umo 60 tahun pulak. Nak angkat anak lelame pn x larat. Yang dok terasa sakit belakang mmg lepas besalin tp yg menambah lg lepas aku kua sepital tuh hari. Rasa satu badan tegang.

So aku harus berbuat sesustu…1st Sebab macam dah tak tahan so hari ni aku terus nk set appointment ngan tukang urut...tp tukang urut tuh macam bz semacam jer x confirmkan lg date yg aku book tuh...so 2nd aku pun serve tenet carik pasal back pain. Ape yg aku jumpe and rase nk buat boleh la refer kt website ni http://www.bigbackpain.com/back_exercises.html. Tapi nk senam2 ni layg macam malas sikit..tp nk wat mcm mane kn...try jer la.

Lagi satu aku rase macam nk memanja kan diri jer dok kat spa..g sauna… mandi bunga..bla…bla…I need a rest…tp baju blk kg x basuh…rumah x kemas…adussss @~

Thursday, March 31, 2011

Everyday I am waiting for...@~

Lunch Time 12.30 pm

Ni nak kire ada kaitan dengan lapar pun yer jugak. Dulu lunch time pukul 12.00 tak tau la kenape thn ni management tuka pulak jd 12.30. Sebab selama bekerje kt SDE ni waktu lunch pukul 12 so perut ni pn dah tersetup pukul 12 je mesti kene g makan. Tu skg ni macam mengelupur sikit tggu waktu rehat, dah same mcm tggu waktu rehat time kat sekolah2 dulu. Tp time sekolah rendah bile rehat bukan pk pasal makan pun, pk pasal nk main getah :)

Sejak akhir2 ni 3 jam pertama jer aku buat keje dengan tekunnye and dah boleh siap. Nak kate efficient sgt tuh tak la, tapi sekarang ni macam kurang keje pn ader gak. Kalau ader pn keje yg kene followup & waitng respond from others. Hahah...tp tak tau la nanti dengan penukaran o'chart baru ni aku akan tak sempat nak pandang kiri kanan. Lps ni aku may be kene rotate jd buyer piping dari keje asal aku iaitu assist proposal dapatkan price tuk bidding job. Al maklum la buat bidding ni, bile x ckup tangan tuh, sampai mmg x ckup2 sangat2 la...tp kalo lex tuh mmg lex sesangat...hahah

Balik Time 5.10pm

Setelah banyak sudah membuang masa di tempat kerja, aku mmg x saba2 nk blk rumah. Namun ape kan daya, sekarang ni aku pegi n blk keje dihantar dan diambil oleh en suami, so part yg plg aku lemah ialah kene menunggu. Tp x kesah la aku leh buat xtvt bebas di opis. Main game ke, bace2 blog org ker...Tp tu la x saba nk blk jumpe Alesya.

Sejak2 dah banyak akal ni, si kecik ni pandai pulak menangis blie kene tinggal kt rumah pengasuh. Memuler tuh aku macam x kesah sangat...tp ble pk2 balik macam sayu pulak. Cuba aku letakkan diri aku jd die, sape la suke kene tinggal kt rumah orang kan.Tapi nk wat macam mana Alesya, mama n ayah kene keje.

Macam pagi hari tu, aku pn x paham biasenye bgn pagi x der la die meraung macam kene pukul, tp pagi tu bangun jer merengek2..aku angkat lg la nangisnye makin kuat. Siap melentok-lentok x nk bgn. Mungkin x puas tido agaknye. Lps tuh disebabkan pampers die dah melimpah, aku pn nk bukak la sua n baju die nk mandikan. Wah lg la si kecik tuh mengamuk, siap baring2 kt lantai, hahah mmg la biasenye aku x mandikan cume basuh2 muke basuhkn tutut2, tuka baju n pampers jer. Kalau nk tau anak aku ni takut ngan air sejuk, nasib baik la aku ader pasang heater so x yah la susah2 nk masak air pepgi ni. Dah sethn lbh ni pn pengasuh Alesya still mandikan die ngan air suam (manja betul anak aku ni). Dalam bilik air die lg la meraung, sbb x nk kene air, tp aku nk cpt punyer pasal aku kene la gak mandikan die. Sbb xnk die terus2 nangis aku kene la pujuk kan, aku pn nyanyi la.."pagi2 gosok gigi..bla2...kalau kite gembire tepuk tangan2...bla2" senyap la jugak die ble dgr aku nyanyi...siap leh senyum2 lg...x paham betol aku..x pe la Alesya janji anak mama ni x sakit sudah...jd mak ni mmg kene byk saba...

10.00pm time to sleep

Sejak2 ada anak ni, ble tdokan die pukul 10.00pm dgn aku2 sekali tetdo. mana tak nyer, nk tdo kene la tutup lampu, selagi x tutup lampu galak la sikecik tuh pusing2 satu rumah. Tp yg best nyer Alesya ni, ble tutup lampu pandai pulak carik botol susu terus je baring2 n golek2 n tertido. Dulu sblm aku sakit die mesti nk mengempeng sblm tdo. Sbb dh biase kene teman die tdo dr kecik lg, so dgn aku2 la dibuai mimpi. Tp macam biasa la, wlpn dah setahun, Alesya still bgn tgh malam nangis mintak susu, tp bezenye sekali je la dlm pukul 3am ++. So aku mmg dh lali bangun buat susu waktu2 mcm tuh.

So kesimpulannye...tersimpul2... ;)

Friday, March 4, 2011

Ibu Bapa Bijak Anak Hebat @~

Pada 11.2.2011 aku telah membuat pembelian secara online sebuah buku yg dikarang oleh Zaid Mohamad seorang motivator keibubapaan. Kalau bukan sebab aku bercuti sangat panjang di rumah semasa sakit tempoh hari kompem aku x kenal sape Zaid Mohamad ni. Time cuti sakit tui, bile aku tgk TV balik2 muke di je yg kua kt TV. Mungkin sbb time tu cuti sekolah so mmg rancangan TV jemput motivator2 khusus utk macam mana nk didik anak2 jd cermelang. Oleh sbb macam menarik jer semua topik2 yg di bincangkan aku pn surve la website die http://www.smartparents.com.my/ dan aku sangat tertarik untuk membeli buku yg beliau tulis bertajuk Ibu Bapa Bijak Anak Hebat (versi Melayu). Buku ni juga ade dlm English Version, tapi memandangkan aku ni dok la bape nk tere memahamkan ayat2 ormputih ni kn..beli je la melayu :)

Aku sedar zaman sekarang ni bukan senang nk mendidik anak supaya menjadi orang yg cemerlang dalam semua aspek. Aku selalu terfikir macam mana la anak aku ble dah besar nanti. Kadang-kadang rasa takut pun ada juga. Bila difikir-fikirkan dulu aku dibesarkan macam mana eh?? macam mana mak ayah aku didik aku sampai boleh jadi macam sekarang ni??. Aku rase macam tak der pelan tindakan khusus yg mak ayah buat untuk mendidik anak2 nya. Yang aku tau makan, pakai dan pendidikan aku semua cukup disediakan. Cakap je la aku yg kurang, kompem mak ayah sediakan. Aku bersyukur sebab dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana dan berkemampuan. Yang aku sedar adik beradik aku semua bukan jenis yang meminta yg bukan2 dari mak ayah. Kire ape yg mak ayah bagi tuh ambik dan gune je la. Ape yg mak ayah suruh buat. Tp degil2 tuh mesti la ade. Rotan pon naik gak.

Aku selalu pk apa benda yg terbaik aku boleh bagi kat anak aku supaya die boleh menjadik orang lebih baik daripada aku. Apa yg aku pasti, zaman sekarang ni yg paling asas aku kene didik anak aku ialah didikan Agama. Lagi satu doa mak ayah utk ank2 adalah suatu yg paling sakti yg mak ayah mesti lakukan untuk memastikan anak2 mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Ok la, berbalik pada buku yg aku beli tuh, aku pn belum abis bace lg tp bab pertama dalam menjadi ibu bapa bijak dlm melahirkan anak yg hebat mestila sayang menyangi dengan membina tugu cintah yg teguh. Tapi sebelum megupas lbh lanjut lg pasal bab tu, dlm buku ni ckp nk dpt anak hebat bermula dari dalam kandungan lagi. Ni la antara yg perlu dilakukan sebelum bayi anda dilahirkan :

1. Berhenti merokok - semua org tau bahayanya merokok. Namun apakan daya bab pertama ni ayah Alesya sampai sekarang belum berjaya melakukannya lagi.

2. Keperluan vitamin tambahan - Ni kene refer dokter ape makanan yg ibu2 mengandung kene ambik based on dieorg nyer kesihatan.

3. Banyakkan makanan minda spt ikan. buah kurma, badam dan susu. Time aku memule mengandungkan Alesya pn dokter ada advise suruh ambik makanan2 ni. Tp tuh la aku ni buat gak, tp x der la konsisten :)

4. Banyakan aktiviti dan latihan mental - macam bt latihan math yg sng2, dgr muzik dll...heheh aku x buat pn kire2 ni sbb kt opis pn dh dok keje mengire jer...x tau la berkesan ker x...

4. Berfikiran positif dan tangani tekanan - sbb aku ni jenis yg lex2 jer jarang la stress...tp bg aku ngaji Al-Quran mmg byk membantu time ibu2 mengandung.

Ok la u ollss....nnt i dah bace lg i share...daaa @~

Tuesday, March 1, 2011

Suka Duka Sepanjang 2010@~

Assalammulaikum semua@~

(Aku dh karang post ni bln 11 thn lps yg lalu tp x smpt nk abiskan so dikesempatan ni la aku teruskan...)

Malam ini tegerak hati nak kembali semula membz kan diri memblog. Rasanya kt blog ni je la aku bebas utk menaip apa saja yg aku nk and sedikit sebanyak boleh lah mereleasekan stress yg ada. Walaupun bahu ni macam x berapa nk mengizinkan tapi aku tetap mengagahkan diri. Kembali pd tajuk kt atas aku sebenarnya baru dalam 16 hari keluar dari hospital setelah ditahan selama 21 hari. Ye 21 hari dan sebanyak 3 hospital aku kunjungi.

Febuary 2010 - Aku melahirkan seorang baby gurl yg diberi nama Alesya Amani. Alhamdulillah kami dikurniakan hadiah g sangat berharga and kini aku telah bergelar Mama. Seronok nye. Cuma dugaannya Alesya telah diserang demam kuning namun Alhamdulillah 10 hari jer die dh ok semula.

Mac 2010 - Sedang aku berpantang berita sedih iaitu ayah mentua aku telah kembali keramatullah dan aku tidak dapat pulang ke kg pahang kerana aku sedang berpantang dan Alesya baru 26hari. Hanya doa dan Al-Fatihah aku kirimkan dari jauh.

Jun 2010 - Berita mengejutkan, mak aku menghidapi breast cancer 3rd stage. Time tu aku mcm nk pecaye tak pecaye jer. Bulan ni jugak mak terus menjalani operation buang breast sebelah kanan. Alhamdulilah operation selamat cuma lepas ni mak kene menjalani sesi kimoterapi dan radioterapi.

August 2010 - Berpindah ke rumah Bukit Dahlia. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

November 2010 - The sadness story in my life. I had to fight with my illness and I had to seperate with my beloved baby. Dua bulan aku x jage and  jumpe Alesya 2 kali jer.

Awal2 aku hanya demam, 4 hari tak baik aku terus ke hospital Penawar and ditahan. Doktor suspek aku kene denggi tapi sampai hari ke 6 kt sepital result darah aku still -ve denggi. Keadaan aku semakin teruk dengan perut membusung, ahli keluarga bersetuju untuk aku dikeluarkan dari hospital Penawar dan berpindah ke HSI. Paru-paru belah kanan aku berair dan di HSI aku menjalani procedure 'tapping' iaitu cucuk jarum kt belakang badan tuk mengeluarkan air di paru2. Masyallah, pengalaman ni la paling mengerikan dan menyakitkan.Hari ke 4 aku di HSI dokter still tak dpt detect aku sakit ape dan sekali lagi family aku decide tukarkan aku ke Hospital Pakar puteri. Dengan kelengkapan yg ada, ultrasound and CT scan doktor sahkn ada ketumbuhan di dalam hati aku sebesar 20cm x 20cm. Hati bedebar takut2 kalau cancer ke kan. Alhamdulilah slps biopsy, result tak de sel cancer. Tp tu la perut ni dh membusung macam pregnant 7 bulan. Ketumbuha tuh telah menggangu system hati tu yg air betakung dalam kaki n badan. Pengalaman yg tak akan dilupakan, naik ambulan sampai 2 kali, Hospital penawar ke HSI and HSI ke Pakar Puteri. Masuk darah pn sampai dua kali 1st HSI and 2nd Puteri, tak tau la cm ner bekteria tuh serang aku sampai darah pn jd x cukup..ngeri tuh masuk darah..tah darah sesape je..mintak halal la yerk..

Di hospital Pakar Puteri aku diberi antibiotik 3 kali sehari, ni kire antiboitik kuat la, lame kelamaan air dalam badan aku pun surut. Mungkin antibiotik ni berkesan melawan bekteria dalam badan aku. Mana tak nye aku tanye nurse sebotol antiboitik ni harganya mencecah RM300++.

26.11.2010 aku dikeluarkan dari hospital. Bila sampai kt rumah...sayunya dan betapa aku merindui saat2 berada dirumah sendiri.

Kesimpulannya aku nk nasihatkan kwn2..kalu sakit and anda berkemampuan pergi la ke hospital pakar. Tak pun masuk la insuran. Sbb ble nk sakit ni kite x duga. Time sakit ni la baru aku sedar aku mempunyi ahli keluarga dan rakan2 yang sangat2 memberi sokongan. Ada kawan2 yang datang sampai 2 3  kali. Thanks u all. Sbb sakit ni jugak la berat bdn aku telah turun sebanyak 10kg.

December 2010 - Kelisa dh jd Honda :)